Sabtu, 28 Februari 2015

KENANGAN BERSAMA DI KUANTAN

Sedikit lampiran bagi mengabdikan kenangan bersama sahabat-sahabat di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Khamis, 26 Februari 2015

PESANAN RINGKAS DARI J-BOND

"Dia yang telah mencipta manusia... kita tidak boleh menandinginya..
Jadi ingat lah... Allah lebih berkuasa dari kita.. sentiasa lah ingat Allah  dan jangan tinggal kan solat...
Kalau kita diberikan peluang ke dua,  lakukannya dengan bersungguh-sungguh dan lakukannya dengan ikhlas. "

" Setinggi mana pun darjat kita, harta kita dan pangkat kita.. kelebihan kita dan kepandaian kita.. tapi kita kena ingat ada yang lagi hebat dari kita iaitu Allah s.w.t"

Pesanan ringkas dari J-Bond

Rabu, 25 Februari 2015

VIDEO KENANGAN KANCA HAQIQI



Suntingan rakaman daripada sahabat Kanca Haqiqi.

Memaparkan berberapa gambar-gambar kenangan bersama.
Hasil suntingan, Dany.

  • Lagu latar: Yang Terindah - Dakmie


Selasa, 24 Februari 2015

MEMORI KANCA HAQIQI

Pada laman kali ini, ingin saya memahat berberapa kenangan yang kami ukir bersama.
Kenangan-kenangan manis yang sudah tentu tiada gantinya.
Semoga menjadi tatapan semua. Biar kenangan menjadi ikatan, ukhwah sejati. Kanca Haqiqi
















Kita....
Kanca Haqiqi,
Berpisah tiada..
Terikat hati..
Tiada pemisah kecuali tuhan..

RAKAMAN KITA BERSAMA

    Saya selaku salah seorang daripada ahli Kanca Haqiqi merasakan sangat beruntung kerana dianugerahkan sahabat-sahabat seperti ahli Kanca Haqiqi. Di mana kami merasakan senang, senyum, riang, gembira dan tertawa bersama. Terkadang murung malah hampa, namun tetap bersama. 

           Maka, seorang daripada ahli Kanca Haqiqi telahpun menyunting sebuah rakaman video tentang kami di Kanca Haqiqi. Saksikanlah, ini tentang kami.



Video disunting oleh: Enol

TELATAH DI HADAPAN KAMERA

Di zaman globalisasi moden ini, kamera menjadi suatu kegilaan bagi anak-anak muda.
Maka pelbagai ragam yang kita boleh lihat apabila anak-anak muda ini di hadapan kamera. Apatah lagi apabila dunia diperkenalkan dengan berberapa gaya baru seperti gara 'duck face' dan 'selfie', maka semakin hebat lah telatah anak-anak muda di hadapan skrin pencetak itu.. Mari kita lihatkan serba sedikit telatah sahabat Kanca Haqiqi apabila berhadapan dengan kamera.
















Beginilah sedikit sebanyak apa yang berlaku apabila sahabat Kanca Haqiqi di hadapan kamera.
Menarik bukan? Sungguh bergaya lagi menjengkelkan.


Kaki 'Selfie' Kanca Haqiqi:
-Luqman-
-Tibi-
-Enol-
-Tokan-

BURUNG ABSTRAK

Seni lukis bercorak abstrak yang di karyakan oleh sahabat Kanca Haqiqi.
Corak abstrak yang pelbagai disatukan dan akhirnya menjadi bentuk seakan-akan bentuk haiwan yang boleh terbang (Burung).  Ada juga yang berbentuk awan serta guruh. Peralatan yang digunakan adalah pen yang berwarna merah dan biru serta sebatang pensil 2B.








Karya milik : 
-Shafi-

SENI DI ATAS BEG

             Seni merupakan sesuatu anugerah yang tuhan berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tidak semua manusia mempunyai anugerah ini. Maka beruntunglah bagi yang mendapat keistimewaan ini. Terdapat berberapa sahabat Kanca Haqiqi telah pun menunjukkan belang. Apabila seni yang merekabuat telah pun di ukir dengan tinta di atas kulit beg milik PakDerih.









Karya:
-Shafi-
-PakDerih-




Dilukiskan dengan tinta pen merah dan hitam berdakwat cair.
Beserta dengan marker berwarna hijau muda.

Isnin, 23 Februari 2015

TAZKIRAH PENDEK DARIPADA WAN

Tazkirah pendek daripada Kanca Haqiqi,

"Rebah di atas sejadah , menangis tanda lemah ..
Sesungguhnya , manusia lemah tanpa Allah .."

-Wan-





SECEBIS PESANAN DARIPADA TOKAN

Secebis nasihat daripada Kanca Haqiqi,


"Hidup ini umpama roda,apabila kita diatas jangan lupa  yang di bawah dan apabila kita di bawah jangan lah sesekali kita mengalah kerana setiap yang berjaya adalah bermula dari bawah."


-Tokan-




SECEBIS PESANAN DARIPADA WAN

Secebis pesanan daripada Kanca Haqiqi,




"Berubah biar dari hati , Bukan kerana kita ikut kawan ..
Berubah biar kerana Allah , Bukan kerana nak orang nampak kita baik. "

-Wan-





PESANAN DARIPADA AMER

Secebis pesanan daripada Kanca Haqiqi




"Hiduplah dengan penuh gembira
tetapi, janganlah gembira sehingga lupakan ibadah. Sehingga kita menyesal seumur hidup ."


-Amer-



LUAHAN PERASAAN DARIPADA FARIZ HAWKEN

Luahan perasaan daripada sahabat Kanca Haqiqi




"Kita semua setaraf..Dunia tiada erti tanpa rasa 'hormat'.Tiada apa yang bebeza antara kita melainkan hormat itu sendiri yang mengubah pangkat dan darjat seseorang dalam kehidupan ini.Biarpun berbeza usia,aku yakin selama ini hormat inilah yang membawa manusia pada satu ukhuwah yang terjalin sesama kita."

-Fariz Hawken-





SECEBIS PESANAN DARIPADA AMER

Secebis pesanan daripada sahabat Kanca Haqiqi.


"Kadang kala, berdiam lebih baik daripada bercakap
kerana, bercakap banyak akan membawakan masalah yang banyak kepada kita."


-Amer-



PESANAN RINGKAS DARI ENOL

Secebis pesanan daripada sahabat dari Kanca Haqiqi.



"Usahlah kita berasa risau dan sedih dengan kekurangan yang ada pada diri kita, sebaliknya fokus dan syukurlah dengan pemberian daripada Ilahi dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin." 
:-)


"Mungkin Allah tidak beri apa yang kita harapkan, tapi Allah semestinya akan beri apa yang kita perlukan. Yakinlah, Allah sentiasa berada disisi kita." 
 :-)


"Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci, tapi mungkin ada sesuatu perkara yang Allah mahu kita mengerti."
 :-)


-Enol-




Khamis, 19 Februari 2015

BAJU KESULTANAN SABAK BERNAM

Assalamualaikum.

  Kehadapan para pembaca sekalian, catatan ini ingin menceritakan betapa kreatifnya
ahli-ahli Kanca Haqiqi.

  Pada semester pendek yang lalu, telah diadakan aktiviti mereka fashion pakaian ala-ala Melayu .
Uniknya aktiviti kali ini apabila pereka-pereka fashion tersebut hanya dibenarkan untuk menggunakan surat khabar dan kertas bagi mencipta pakaian tersebut.

  Alhamdulillah....

   Sebuah kumpulan telah pun mencipta set pakaian yang sangat menarik. Lebih membanggakan apabila kumpulan itu terdiri daripada ahli Kanca Haqiqi sendiri.



Lampiran:




Nama Pakaian : Baju Kesultanan Sabak Bernam
Nama Peraga : Jebon

TUJHE DEKHA TO YEH JAANA SANAM

Apabila seorang dari ahli Kanca Haqiqi mula berkecimpung dalam bermain alat muzik.
Maka begini lah jadinya.
Ayuh, kita lihat bagaimana cara adaptasinya.
Petikan gitar bermelodikan lagu yang bertajuk 'Tujhe Dekha To Yeh Jaana Sanam'
oleh PakDerih.



TUJHE DEKHA TO YEH JAANA SANAM.. (Penterjemahan)


Ketika aku melihat mu, aku mengerti ini cinta
Cinta ini gila, wahai cinta ku

Ketika aku melihat mu, aku mengerti ini cinta
Cinta ini gila, wahai cinta ku

Aku tidak ingin ke mana-mana
Biarkan aku mati di bahu mu

Ketika aku melihat mu, aku mengenali ini cinta

Di mata ku ada mimpi mu
Hati ku menyimpan kenangan mu

Tiada yang milik ku, semua milik mu
Hidup ku milik mu, nafas ku milik mu

Ketika aku nangis, kau hadir
Segala sedihku berganti senyuman
Ketika aku melihat mu, aku mengenali ini cinta
Hati ku tidak akan tinggal di mana pun tanpa mu
Apa yang akan ku katakan, apa yang akan ku lakukan

Duduklah di hadapan ku, agar bisa sentiasa melihat mu
kau panggil aku, dan lihat aku sudah di sini
adakah yang lebih besar dari janji sebuah cinta?

Aku tidak ingin ke mana-mana
Biarkan aku mati di bahu mu

Sabtu, 14 Februari 2015

KARIB

Sahabat....
Apakah makna sahabat itu?
Adakah ia peneman bermain?
atau hanya peneman santaian?
atau teman foya-foyaan?
atau penghibur di waktu bosanan?

Jikalau ada atau tiada
apakah sama hendaknya?
samakah jalan hidupnya?
beginikah rentaknya?

Di sini,
hati terbuka luas diberi..
Karibnya jiwa sesama kami.
Segala ranjau segala duri,
kami lalui sama tak henti.
tak pecah dan tak burai seinci.
ukhwah sesama darah kami.

Dalam silap kami tergurkan.
dalam salah kami betulkan.
dalam cemuh kami dirikan.
dalam duka kami sembuhkan.
dalam luka menjadi kenangan.

Jika tidak ku kenali,
manakan dapat ku ketahui
erti sahabat karib sejati.
kerna kami,
hidup mati, berpisah tiada.


Karya: PakDerih
15/2/15